Berdasarkan pengalaman kami yang baru selesai fasa ke2 untuk membeli rumah ada baiknya berkongsi tips membeli rumah
FASA 1 :
1. Pilih lokasi yang bersesuaian dengan jiwa anda,
1.1 pastikan lokasi yang anda pilih selamat
( bukan lokasi hot mengenai kisah rompakan,pembunuhan).
1.2 lokasi terpulang kepada hak individu la,
Ada yang suka dekat dengan tempat kerja, ada yang suka jauh.
tetapi make sure x jam sudahla
1.3 Ni tips yang sangat penting pastikan lokasi yang jadi pilihan senang untuk disewakan atau dengan kata lain ada nilai, manala tahu nanti da TUA mampi membeli
Banglo
Tetapi tahukah anda lokasi di bandar kini jauh lebih mahal berbanding kawasan luar bandar. Jadi jika tidak berkemampuan pilihlah
2. Harga, Tengok kemampuan mampu ke tak bayar monthly installment
Yg penting bukan monthly installment je tau, anda kena pastikan dalam savings punya
duit... If Savings x banyak tapi KWSP banyk ok juga, ada juga option cari rumah yang
harga jualan lebih rendah dari harga market price, so masa buat loan bolehla minta
tolong bankers adjustkan loan dapatla cover loan anda.
3. Cari Bank Offer yang terbaik
Tapi kebanyakan bank lebih kurang sama je, Tips memilih bank nanti dikongsikan
*berdasarkan pengalaman saya, jika silap harap dibetulkan. Kalau boleh cari Banker yang
senang runding, sbb apa-apa anda senang rujuk dengan mereka.
4. Bila da tahu lokasi, Loan, bank Sediakan dokumen yang lengkap
Pastikan dokumen lengkap sebab senang la kerja bankers, lagipun x la makan masa
yang lama nk approve.. jangka masa loan approve dalam 3 minggu jika x ada masalah...
Ok untuk Fasa 1, ni dulu rasanya, nanti saya kongsikan cerita bagaimana jika company anda tidak mencarum KWSP, Jika anda bekerja site, staff dalam pejabat x pick up call, inshaAllah saya boleh berkongsi cerita dan pengalaman saya sepanjang tempoh saya membeli rumah sehingga saya menandatangani S&P A (sales and Purchase Agreement )
Fasa 2, akan disusuli kemudian ok, beli rumah memang leceh tapi tula asset kita, ramai tanya kenapa saya x mahu beli kereta, memang mampu saya nak bayar monthly installment tapi saya selalu memegang prinsip : BIAR RUMAH BESAR, SELESA, Senang oarang nak datang, dari kereta yang Makin hari Makin menjadi BESI BURUK yang JATUH NILAINYA.
hugs,
yaya
No comments:
Post a Comment