assalamualaikum, salam 1 Malaysia...
walaupun saat ini waktu mendebarkan buat hero track negara azizulhasni Awang, walaupun masih ramai tak henti-henti berbicara mengenai jaguh Badminton negara yang beraksi di Olimpik....
aku masih di atas katil menanti penuh setia panggilan dari sang suami tercinta, kami berjauhan dipisahkan lautan china selatan, hanya kerana wang ringgit, tapi tak mengapala selagi masih larat kudrat dia untuk menanggung segala bebanan aku rela berjauhan... kali ini 3 bulan kami terpaksa berjauhan, suami harus berkerja pada bulan syawal... kerja mencari nafkah adalah tanggungjawab suami, dan aku mejaga kemaslahatan rumah tangga...
hampir 12 tahun kami saling mengenali, kini aku makin matang mengharungi segala jerit perih bergelar kekasih hati Hadif, insan yang sangat kuat dibelakang aku, diala penyokong aku walau apa keadaan sekali pun... walau kadang kala kami berselisih faham tapi kisah lucu menjadikan kami gelak dalam perselisihan.
ramai yang tidak mengenali aku, biarkan la mereka terus tidak mengenAliku.. kerana dewasa ini makin ramai yang suka mencari silap orang tanpa menunduk melihat nilai diri mereka sendiri...hidupku hanyala bersama keluarga tercinta, sahabat yang sejati, serta suami yang sangat penyayang....
aku tak punya ramai teman, aku x punya ramai saudara... mereka yang disekeklilingkulah yang sering menambah bahagia....
hadif bin abu bakar......kaula inspirasi aku menyambung pengajian diperingkat ijazah, kau cabaraku untuk menggulung phd... ya, sudah tiba masa akuberdiri tanpa bantuan kau... merindui kau adalah hobiku kin...