Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.
-Artikel iluvislam.com
Wednesday, January 4, 2012
2012
Selamat Tahun Baru 2012,
tahun ini memang terlalu banyak perbezaan dengan 2011, jika dulu begitu teruja nak menyambut tahun baru, tahun ni biasa je, alhamdulillah sebab hati ni lebih kearah tahun maal hijrah, ceh wah....bukan begitu, tahun 2012, status pun da berbeza, jadi isteri orang..Tahun ni memang banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi, pengajian akan bermula, bayaran ansuran rumah akan bermula, ya Allah terima kasih kerana memberiku rezeki, hari-hari yang dilalui memang begitu indah, walaupun kadang-kala stress, !!!! resolution 2012 sama dgn awal muharam so malas nk taip lagi ok....
Cerita citra hidupku yang penuh suka,gelak tawa...kadangkala ada yang terluka..
fakta yang ramai x tau, saya memang x punya ramai teman rapat, teman rapat kebanyakan adalah kawan baik hadif , mostly singaporean, yela dulu hadif ddk di taman penuh dengan orang singapura, kawan baik ku mungkin kakak ku kot, sbb merekala tempat ku mengadu nasib, walaupun kami sering bergaduh....tapi semuanya da kembali tenang, Kak ayu memag paling tegas dan garang, kak ana suka hati dia je...*kak ana a little bit mcm saya ckit* Kak fairus dia sngat mementingkan pelajaran... ni nak sambung PHD, congrate yuz, dia mmg terbaik la... kenapa cerita pasal mereka? sebab rindukan mereka...miss them so much...
Putri Zafirah & Asyraff Haikal = tahun pertama bersekolah, rasa teruja membeli persiapan mereka berdua, anak-anak saudara ku adalah seperti anaku yang sangat bernilai, antara mereka bertujuh, ziqah dan haikal paling manja dengan ku, kadang-kadang bergaduh nk bermain,tidur pun nak dengan cik yaya.....
Selalu cakap dalam hati kalau satu hari nanti punyai rezeki yang lebih, andai kata diberi kekuatan sangat teringin punya rumah anak yatim sendiri... bagiku, anak-anak adalah anugerah dari illahi yang tidak ada tolok bandingnya, berat hati nak dipikul apabila doktor bagitau sukar bgku untuk mengandung...tapi x mengapa, ada mereka cukup buat ku gembira, jika mengandung ia merupakan rezeki
hugs,
yaya

Subscribe to:
Posts (Atom)