Tuesday, June 15, 2010

Loss him

Sekalung takziah untuk keluarga besar ayahku kerana baru sahaja kehilangan orang yang kami sayangi,seorang yang sangat baik hati,lembut tutur bicaranya juga sangat tabah menghadapi liku kehidupan. Pakcik ku yang ku panggil Wak masit ini sangat segak dan kemas orangnya,walaupun dia lebih berusia dari ayahanda ku tapi tampak lebih muda. Kami senang sangat dengan dia. sudah hampir setahun dia menahan kesakitan dan berusaha untuk mengubat penyakitnya akhirnya pada jam 8 malam 13 June 2010 dia pergi meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Sedih dan hiba tatkala mendapat berita itu,tapi sebagai manusia biasa kita harus menerimanya dengan hati yang tenang. Selepas hampir genap setahun mak ku kehilangan adiknya tahun lepas,kini dugaan yang hampir sama berlaku kepada ayah ku.Inila dugaan terbesar keluarga kami untuk tahun ini. Bulan June tahun lepas kami hilang pak cik yang selalu buat kami gembira, june tahun ini berulang kembali. Apapun kami tabah.....


kini hanya tinggal abah 4 beradik je....abah anak kedua terakhir dalam keluarga,
mak pula memikul tanggungjawab yang besar setelah mak ngah pergi tahun lepas, diala yang menjadi ank sulung perempuan untuk mengurus karenah adik beradiknya,mak dan abah moga kalian kuat menghadapi dugaan ini...


salam takziah,
yaya