Hi, Assalamualaikum,
Bila pagi dapat berita gembira terus senyum lebar, ada rezeki lebih dapat belanja mereka-mereka dipejabat makan kat Chamek Kopitiam, bukan semua yer, suku sahaja... Al maklumla loan rumah da approve.... (macam x pernah approve pulak kan sebelum ini, kali ini lain ok..rumah tu ada kata mahal, ada kata jauh... tapi sebenarnya ssh nak fahamkan semua pihak
Beberapa alasan kami beli rumah tersebut
1. Owner dia sangat baik hati menjual dengan harga yang berpatutan (tidak perlu nyatakan harga,)
2. Kami memilih Taman Bukit Jaya Ulu Tiram kerana Mak ayah suami dan Mak abah senag nak datang,
mereka dah berusia jadi mata pun kabur nak pandu jauh-jauh if datang jenguk kami di Tiram kan senang.
3. Keluarga besar kami berdua ramai disana, Hadif mmg suka saya masak dan jemput orang makan
4. Jauh dari tempat kerja bukan alasannya bagi kami asal rumah tersebut sangat worth....
Apapun azam saya memang ada, saya kena tunaikan.... saya teringin jemput anak yatim datang rumah kami nanti, saya nak setiap bulan mesti ada USRAH di rumah kami, saya masih mencari rakan yang mahu ikuti kelas agama dan mencari Ustazah yang baik buat kami..
Yang terakhir azam saya ialah ingin menutup aurat... jikalau jodoh kita mencari, kenapa hidayah Allah kita tidak kejar... InshaAllah Hadif sangat teruja menyatakan keinginan saya ingin bertudung, dia sibuk carikan tudung yang cantik... Ok tahnk you..semoga saya terus istiqamah...Alhamdulillah...