Wednesday, May 16, 2012

EMAK


Emak,

Engkaula ratu hatiku,
Dikala aku dihimpit masalah emosi kau sentiasa disisi,
Kau memberiku semangat tatkala tiada siapa mahu mendengar keluhan ku,
Kadangkala kau menjadi Radio berkarat yang menyakitkan telinga ku,

Emak,

Dulu syurgaku dibawah telapak kaki mu,
Namun kini, suami sudah mengambil alih tanggungjawab darimu
Namun aku masih seperti dulu,
Manja, ngada-ngada tatkala bersamamu....

Emak,

Dari dulu kau la orang yang menolong mencuci kasut sekolah ku,
menggosok baju ku sehingga rata.....
Kini perkara itu masih sama....
Kaula ratu hatiku... kau terbaik dalam hidup ku...

Aku tidak mampu membalas jasamu , aku hanya mampu berdoa buatmu....


(Suami selalu kata: Mak u adalah mak mertua yang TERBAIK .....)

Hadiah hari ibu x de, kami bagi sekeping kad yang mengandungi bait-bait cinta dari hati kami dan sepotong cake dari secret resipi

Tahun ni celebrate 2 emak sekali..... Teruja jugala, walaupun mak mertua tetap tidak sama dengan mak kandung tapi perasaan horamta tak pernah pudar..


                                                                               Hugs,
                                                                              yaya