Wednesday, October 7, 2015

26 Hari Berlalu


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat pagi

26 hari berlalu tajuk pagi ini.
Pejam celik dah 26 hari suami meninggalkan aku demi sesuap nasi.
Walau hanya dipisahkan Lautan China Selatan namun rindu itu sungguh mendalam.
Inilah nasib berkahwin dengan pencuci kapal.
Terlalu banyak impian yang ingin digapai, namun aku harus tahu yang tahap kemampuan aku di mana.

Pagi ini, rasa sedikit lapang, sebab Pegawai atasan tiada. Bukan benci dia tapi kerana sikap tamak halobanya membuatkan aku rasa menyampah.

ok tu je... nanti sambung balik..


with that,
bye

Tuesday, October 6, 2015

Sebuah kehidupan penuh warna warni


Tatkala aku menulis kisah hidup ini, aku menangis kesedihan. Sedih atas apa yang aku lakukan. Terlalu banyak yang aku lepaskan dan aku tidak pasti apakah itu semua pilihan yang tepat. Malas untuk aku rungkaikan apa yang berlaku keran aku tahu Allah Maha Mengetahui. Andai aku coretkan sebuah kisah menarik ia masih tidak mampu buat kalian memahami kisah hidupku.

Hampir 4 tahun 5 bulan usia rumahtangga ku. Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain  Alhamdulillah mampu aku ucapkan. Aku bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami. Sepanjang perkahwinan ini boleh diira dengan jari berapa kali dia memarahiku. Marah bukan kerana dia beremosi tiada sebab. Dia marah kerana sayangkan aku. Dia ingatkan aku waktu solat setiap masa. Dia berubah, perubahan yang amat ketara berkaitan agama. Dia mempengaruhi emosiku. Dia memepengaruhi sikapku.

Dia mengajar aku tentang REDHA, mana mampu aku tersenyum dikhianati rakan. Namun dia masih mampu senyum lebar dan mendoakan yang baik-baik buat rakannya. Dia berusaha untuk menjadi yang terbaik. Walau aku suka merengek mahu itu ini, dia tidak pernah kata tidak. Dia mengiyakan sahaja kemahuan ku. Walau ketika itu dia masih belum mampu. Dia tak pernah buat kejutan ulangtahun ku, tiada bunga ros atau hadiah macam-macam seperti isteri orang lain. Dia berikan aku DOA. ( rasa menyampah sakit hati pada awalnya..tipu kalau rasa suka kan.. ialah DOA infiniti mana kita nak rasa...)

Hari ini dia buat aku menangis,menangis sebab kasihan dia kerja berjauhan semata mencari rezeki dan memenuhi permintaan aku. Tapi aku? gaji kecil demand tinggi. malu malu...

Maaf sayang, semoga hari-hari mendatang I akan menjadi insan yang lebih baik.
Semoga sayang diberikan kesihatan dan keselamatan di sana.


Ya Allah terima kasih atas segalanya.
Ya Allah terima kasih atas ujian yang kau berikan padaku,
Ya Allah terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku.
Sesungguhnya Kau Ya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengahasini.

Wassalam.