Rasa syukur sentiasalah wujudkan dalam hati nescaya hidup akan lebih diberkati.
Saya bukanla insan yang LAYAK bercakap bab agama, tetapi saya insan yang sedang ke arah mendekatkan diri kepadanya. Hamba yang sangat kerdil dimata Tuhan Yang Esa. Dua hari yang lepas, Perdana menteri announce gaji minimum, saya secara peribadi tidak bersetuju, kerana bila gaji minimum diselaraskan yang untung adalah pekerja asing. Mungkin saya tidak berapa hebat bercakap mengenai gaji minimum hanya pengetahuan yang cetek dan pemegang Diploma Perakaunan. Kemudian hari ini saya terbaca artikel dalam The Malaysian Insider mengenai employer compalin regarding minimum wages. Banyakla input yang saya kira adalah terbaik untuk dinilai. Siapalah saya ni, hanya manusia biasa dan golongan rakyat yang bersuara tetapi tiada makna buat mereka. Berbalik kepada apa logiknya tajuk post kali ini dengan bersyukur? selama saya tidak pernah kenal erti SYUKUR, saya rasa duit gaji saya tidak pernah cukup. Tiap bulan mesti merana nak cari sources *before kahwin of course kakak dan boyfriend la kan* . Tetapi sekarang Alhamdulillah gaji naik sedikit dan expenses pun naik sikit but still duit gaji cukup dan masih ada lagi tambahan. Kerana apa? kerana saya bersyukur dan saya sedikit demi sedikit berubah ke arah lebih baik.InshaAllah. Bila kita tahu nilai duit kita akan berasa cukup dengan apa yang kita ada. Kenapa saya deactive Facebook, sebab saya akan rasa cemburu teman-teman pergi holiday, beli handbag mahal-mahal... dan ia memberi kesan yang mendalam buat saya dan suami. Kemudian saya terfikir apa yang saya mahukan dalam hidup? sampai bila saya mahu bersikap perangai kebudakan? mana nilai syukur dalam hidup saya? Rasa bersyukur la wahai kalian.....
*saya sibuk seketika, sebentar wahai kalian untuk meneruskan hujahan ku*
No comments:
Post a Comment