Monday, April 30, 2012

Kehidupan

Apakah sebenarnya erti sebuah kehidupan,
Apakah hanya indah dan bahagia sahaja itu adalah erti kehidupan
Ataupun hanya muram duka lara itula hidup yang kita rasai?
Kadangkala aku terfikir apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup ini? kemewahan?glamour? nama?

Semalam aku terasa aku begitu hina, pabila suami mengatakan aku hilang prinsip mengenai agama....adakah benar? aku malu sujud kepada Illahi...aku menangis sedih mengenagkan nasibku ini,

Adakah setiap insan yang melakukan dosa tidak boleh bertaubat? adakah taubatnya tidak diterima? bagaimana kehidupannya ?

Persoalanku jauh tersasar dari apa yang ingin suami ku sampaikan, dia mahu aku sedar erti Sederhana dalam islam, bukan berlebihan, dia mahu isterinya kenal erti SYUKUR, aku malu kerna menggikan suara terhadapnya.....

Sepanjang bergelar isteri aku yakin dan percaya aku tidak langsung melaksanakan tanggungjawab ku dengan begitu sempurna, Manakah nilai yang mak dan ayah ku ajarkan, aku tersedar bahawa ia bkn silapku mahupun sesiapa, ia adalah soal keadaan yang masih tidak diizinkan .........

Sesiapa punya hak untuk bercakap, mengutuk, memuji mengina atau apa sahaja mengenai hal kehidupan manusia lain, namun percayala setiap insan punya cerita mereka sendiri yang mereka kunci rapat kerna itu hak peribadi, tidak perlu membuka aib manusia lain kerana kelak di Akhirat nanti akan dibuka aib kamu pula....

Aku belajar tentang hidup... menjadi insan yang bermakna InshaAllah, aku akan terus menghargai sisa hidup ku ini, kapan akan ku labuhkan cerita hidup ku, aku pun x pasti.....
Moga kelas agama yang aku hadiri menambahkan kekuatan buatku...
Moga suami yang ku cintai terus memberi semangat tanpa mengenal erti putus asa
Moga aku tak perlu makan ubat sepahit makanan .....
Moga aku diberi Allah tempat perlindungan kelak,
amin, yarabalamin

1 comment: