♥ My life as a YAYA FARA HAJAR ♥
simple in her own way,determine and passion about her dreams,
Wednesday, October 7, 2015
26 Hari Berlalu
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat pagi
26 hari berlalu tajuk pagi ini.
Pejam celik dah 26 hari suami meninggalkan aku demi sesuap nasi.
Walau hanya dipisahkan Lautan China Selatan namun rindu itu sungguh mendalam.
Inilah nasib berkahwin dengan pencuci kapal.
Terlalu banyak impian yang ingin digapai, namun aku harus tahu yang tahap kemampuan aku di mana.
Pagi ini, rasa sedikit lapang, sebab Pegawai atasan tiada. Bukan benci dia tapi kerana sikap tamak halobanya membuatkan aku rasa menyampah.
ok tu je... nanti sambung balik..
with that,
bye
Tuesday, October 6, 2015
Sebuah kehidupan penuh warna warni
Tatkala aku menulis kisah hidup ini, aku menangis kesedihan. Sedih atas apa yang aku lakukan. Terlalu banyak yang aku lepaskan dan aku tidak pasti apakah itu semua pilihan yang tepat. Malas untuk aku rungkaikan apa yang berlaku keran aku tahu Allah Maha Mengetahui. Andai aku coretkan sebuah kisah menarik ia masih tidak mampu buat kalian memahami kisah hidupku.
Hampir 4 tahun 5 bulan usia rumahtangga ku. Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain Alhamdulillah mampu aku ucapkan. Aku bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami. Sepanjang perkahwinan ini boleh diira dengan jari berapa kali dia memarahiku. Marah bukan kerana dia beremosi tiada sebab. Dia marah kerana sayangkan aku. Dia ingatkan aku waktu solat setiap masa. Dia berubah, perubahan yang amat ketara berkaitan agama. Dia mempengaruhi emosiku. Dia memepengaruhi sikapku.
Dia mengajar aku tentang REDHA, mana mampu aku tersenyum dikhianati rakan. Namun dia masih mampu senyum lebar dan mendoakan yang baik-baik buat rakannya. Dia berusaha untuk menjadi yang terbaik. Walau aku suka merengek mahu itu ini, dia tidak pernah kata tidak. Dia mengiyakan sahaja kemahuan ku. Walau ketika itu dia masih belum mampu. Dia tak pernah buat kejutan ulangtahun ku, tiada bunga ros atau hadiah macam-macam seperti isteri orang lain. Dia berikan aku DOA. ( rasa menyampah sakit hati pada awalnya..tipu kalau rasa suka kan.. ialah DOA infiniti mana kita nak rasa...)
Hari ini dia buat aku menangis,menangis sebab kasihan dia kerja berjauhan semata mencari rezeki dan memenuhi permintaan aku. Tapi aku? gaji kecil demand tinggi. malu malu...
Maaf sayang, semoga hari-hari mendatang I akan menjadi insan yang lebih baik.
Semoga sayang diberikan kesihatan dan keselamatan di sana.
Ya Allah terima kasih atas segalanya.
Ya Allah terima kasih atas ujian yang kau berikan padaku,
Ya Allah terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku.
Sesungguhnya Kau Ya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengahasini.
Wassalam.
Saturday, October 5, 2013
Kembali
Assalamualaikum,
Rasa sudah lama tak mencoretkan kata-kata atau cerita tentang kehidupan ini,
Menjadi isteri dan menantu bukan perkara mudah. Pengalaman selama dua tahun benar-benar mengajar erti sebuah kehidupan padaku.
Mungkin kita tak punya cerita yang sama. Kita berbeza latar belakang.
Walau apapun cerita pahit yang berlaku, ingin kulupakan segalanya. Alhamdulillah aku bahagia bersama suami tercinta.
Terkadang kita sentiasa ingin ikut kata keluarga dan akhirnya kita sengsara, tapi tak mengapa fikir positif sentiasa.
Rasa tersangat nak berhenti kerja duduk di rumah namun, hadif masih belum mampu.
So harus lupakan sahaja hajat itu. So bagi permulaannya, kumpul modal berniaga.
Buat semua hari ni permulaan untuk aku kembali mencoretkan warkah buat anak genarasiku membacanya.
wassalam,
yaya

Thursday, November 22, 2012
Rindu
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia
Warga Johor sedang bersenang lenang masih tidur terbongkang.. Reason? Public Holiday..
Saya pulak? bersengkang mata buat Revision... Reason? Exam KPSL kejap lagi...
Apapun, saya bukanlah budak yang bijak apabila disuruh membuat tajuk sebuah karangan..Sebab tu bila tajuk post sometime x begitu relevan dgn isi yang ingin disampaikan..
apapun saya merindui jejaka tampan dihati ini...
Lelaki yang menjadi peneman setia saya di Hospital :)
sayang kamu....
Tuesday, November 13, 2012
N.o.t.h.i.n.g
Assalamualaikum everyone,
May Allah Bless everyone,
Today is Deepavali..For all Hindu,enjoy celebrating ya,don't eat to much maruku, later you will get cough..
NOTHING INTERESTED ABOUT ME,
Me doing part time studies in UiTM Shah Alam,Bachelor in Marketing, (who said Marketing ni x boleh cari makan, angkat kaki ya, Marketing not only for selling one product, promote but nowdays Marketing is frontliner for a big company ) So incase ada yang baca ni exstudent Marketing please do help me ya.
Me doing part time business, Family's business .. Jual Tudung,promote homestay my sister, Jual cookies, what else?
Kepada sesiapa yang berminat nak cari Homestay area Ampang, Wangsa Maju, Keramat , Boleh la contact me. Homestay kami Di area Ukay Perdana, (Service Apartment ) email saya : yaya_farahajar@yahoo.com.my
*dont have idea noe, just nk test power guna lappy baru ahahah*

Subscribe to:
Posts (Atom)